Kenapa kita perlu kembali
Kepada orang yang pernah
menjahanamkan kita.
Seolah kita tidak punya maruah,
Seolah kita tidak punya harga,
Hanya kerana
Kasih dan sayang
Yang tidak dihargai.
Celaka perasaan ini!
Perasaan yang menjahanamkan
Diri kita pada akhirnya.
Janji setia yang punah dipertengahan jalan
Namun kita beri peluang
Kepada si penjahanam.
Kudrat dan sakit ini,
Kita kata ‘biar’
Perasaan yang merobek hati ini,
Kita kata ‘biar’
Sebab kita sayang.
Tuhan,
Kuatkanlah hamba-Mu ini,
Aku sayang dia,
Aku tak nak kehilangan dia
Walau dia menyakitkan jiwa dan perasaan ini.
Tabah
Cekal
Sabar
Itu pendorong.
-alifhaikalalizan18-
Comments
Post a Comment