Orang tanya aku,
Dalam banyak – banyak sakit, sakit apa yang paling sakit?
Aku jawab, sakit gigi.
Keduanya aku jawab sakitnya dibahagian yang aku sakit seperti kepala.
Itu semua benar dan hampir semua orang sudah laluinya
Dan sudah lali.
Tapi,
Sedalam-dalamnya bagi aku,
Benda paling sakit adalah, kehilangan.
Melihat orang yang engkau sayang, jauh dari engkau,
Itu sakit.
Melihat orang yang kau sayang dan kau tahu dia bukan milik engkau,
Itu sangat sakit.
Melihat orang yang kau sayang dan kau tak mampu untuk bertegur sapa
dengan dia,
Itu maha sakit.
Melihat orang yang kau sayang jauh dari engkau,
tinggalkan kau dan cari orang lain dan buang kau begitu sahaja,
Itu dewa segala sakit.
Mencuba untuk melupakan sesuatu kenangan itu bukanlah mudah.
Kerana otak kata lupakan, hati kata jangan.
Hati ini sejenis yang suka mengingat.
Sekali manusia usik dan sudah buat kau bahagia, itu mungkin kau ingat
untuk selamanya.
Sedangkan itu adalah hanya sementara.
Sebab itu kita disuruh jaga hati.
Sebab everything starts from
heart.
Sejujurnya,
Bukan mudah untuk kau tahan tangan dari tidak whatsapp dan bertanya khabar tentang dia,
Bukan mudah untuk kau menahan akal fikiran kau ingat orang yang pernah
buat kau tersenyum,
Bukan mudah untuk kau menahan tangan supaya tidak membuka instagram dan melihat perkembangan dia.
Bukan mudah.
Tipulah kalau tak rindu,
Tipulah.
Hati kau bukannya batu,
Hati kau bukannya kayu,
Hati kau bukannya besi.
Kau mana boleh tipu hati kau.
Sedangkan hati kau sudah tahu.
Itu dikira kau sudah tipu diri kau sendiri, kan?
Ps: selamat hari lahir buat diri sendiri. Kehilangan seseorang yang
kau sayang adalah suatu permulaan buat kau untuk jadi lebih matang dan memilih
insan yang boleh bersama kau (sahabat) sebenar-benarnya. Tabahlah hati. Move on itu tidak semudah kata-kata.
Comments
Post a Comment