Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

pendorong --

Kenapa kita perlu kembali Kepada orang yang pernah menjahanamkan kita.   Seolah kita tidak punya maruah, Seolah kita tidak punya harga, Hanya kerana Kasih dan sayang Yang tidak dihargai.   Celaka perasaan ini! Perasaan yang menjahanamkan Diri kita pada akhirnya.   Janji setia yang punah dipertengahan jalan Namun kita beri peluang Kepada si penjahanam.   Kudrat dan sakit ini, Kita kata ‘biar’ Perasaan yang merobek hati ini, Kita kata ‘biar’ Sebab kita sayang.   Tuhan, Kuatkanlah hamba-Mu ini, Aku sayang dia, Aku tak nak kehilangan dia Walau dia menyakitkan jiwa dan perasaan ini.   Tabah Cekal Sabar Itu pendorong.   -alifhaikalalizan18-  

Hidup Baru; waktu ini

untuk waktu ini-- apa yang paling indah adalah baring dan memikirkan sesuatu; tentang diri ini. untuk waktu ini-- apa yang paling aku gah adalah dulunya aku seorang pelajar sekolah kini aku seorang pelajar kolej. hidup baru-- banyak noda dan cabaran tak semua indah; pahit dan getir aku tempuhi sendirian. hidup kini-- duduk sendirian sentiasa air mata bergelinangan; memikirkan masa lepas kini dan nanti dulu seiringan bersama dia kini aku sendirian namun aku jumpa yang baru yang aku sayang kawan. tiada seorang pun yang tahu. aku berdikari; dalam diam tanpa harapan yang mungkin akan memakan diri aku sendiri -alifhaikalalizan18-